Tindakan Mahmud Ahmad

Pada 2 Julai 2014, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa Unit Cawangan Khas dan Membanteras Keganasan Bukit Aman sedang memburu lima individu termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan .Selepas itu mereka dipercayai melarikan diri. [7]Mereka merekrut dan mengatur pemergian anggota militan dari Malaysia untuk menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Syria. [8] Sesiapa yang ada maklumat tentang buruan ini hendaklah menghubungi Bahagian Anti Pengganas Bukit Aman menerusi telefon 03-2266 7010 atau 011-2104 6850. [9]

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan umat Islam di Malaysia agar tidak mudah terpengaruh atau taksub dengan pertempuran kumpulan militan di luar negara.Kerajaan tidak boleh menghalang rakyat Malaysia daripada melawat negara yang terjejas dengan konflik jika mereka diberikan visa tetapi memberi amaran berjuang menegakkan kesucian Islam tidak bermaksud mengangkat senjata api dan menjadi pengebom berani mati.

Prof Madya Dr Azmi Sharom dari Persatuan Kakitangan Universiti Malaya menjelaskan bahawa universiti tidak mampu menghalang ideologi kepercayaan kakitangannya sehinggalah terdapat bukti ada pelajar yang terpengaruh dengan fahaman berkenaan.Tiada pengrekrutan pelajar. Ideologi kepercayaan seseorang tidak boleh dikawal oleh pihak pengurusan.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Anuar Zainal Abidin mendesak agar Kedutaan Malaysia sentiasa mengawasi kegiatan dan aktiviti pelajar kerana usaha merekrut itu berlaku tanpa disedari. [10]

Rujukan

WikiPedia: Mahmud Ahmad http://www.astroawani.com/news/show/suspek-terbabi... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polisbu... http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/07/03/P... http://m.utusan.com.my/Jenayah/20140703/je_03/Bert... http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/j...